Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara bersetuju menguatkuasakan sekatan baharu terhadap Korea Utara.
Keputusan itu dibuat susulan ujian peluru berpandu balistik antara benua pada 29 November lalu.
Sekatan itu, sekali gus akan mengehadkan penyaluran bekalan produk berasaskan petroleum dan minyak mentah serta pendapatan yang disalurkan oleh warganya yang bekerja di luar negara.
Resolusi UNSC yang memperoleh 15 undian bertujuan melarang hampir 90 peratus eksport produk petroleum yang ditapis ke Korea Utara kepada 500,000 tong setahun.
Ia turut menuntut supaya proses penghantaran pulang warga Korea Utara yang bekerja di luar negara dalam tempoh 24 bulan dan bukannya 12 bulan seperti yang dicadangkan sebelum ini. - Reuters
24 Disember 2017 - 16:39
News ID: 874012
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara bersetuju menguatkuasakan sekatan baharu terhadap Korea Utara.